KUBANG KERIAN: 1 November 2023, Solidariti Aman Palestin Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Katjang, Ibu Pejabat JPVNK hari ini. Majlis tersebut bertujuan bagi memberi sokongan penuh terhadap perjuangan rakyat Palestin sekali gus menyokong inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia kepada rakyat Palestin
Pihak JPVNK juga telah menubuhkan Tabung Palestin di Ibu Pejabat Kubang Kerian dan 10 Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan dan penyerahan Tabung Palestin telah dibuat oleh Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah JPVNK kepada Pengurus Aman Palestin Cawangan Kelantan, En Mohd. Salmi Mohamed.