4 Disember 2021 - Telah berlangsung program Jelajah Agropreneur Muda dan Lawatan Kerja Negeri Kelantan oleh YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh di tapak Projek Penternakan Arnab Hibrid Hypharm France, Kampung Bendang, Pasir Puteh, Kelantan sebagai salah satu projek lawatan anjuran KADA dengan kerjasama DVS Kelantan dan agensi dibawah MAFI Negeri Kelantan.
Turut hadir dalam lawatan tersebut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) DVS Malaysia, Dr. Suratan bin Kamarudin, Exco Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Dr. Syarifah Asiah Mohd Amin, Timbalan Pengarah DVS Kelantan dan pegawai-pegawai dari MAFI dan DVS Kelantan.
Pemilik projek, En. Mohd Edzuddin bin Abdul Majid yang berusia 40 tahun ini, mengendalikan beberapa jenis projek yang berkaitan arnab iaitu membekal induk arnab, karkas, perapan daging arnab dan pallet arnab.
Projek Penternakan Arnab Hibrid ini bermula pada tahun 2018 di bawah bimbingan DVS Kelantan. Encik Mohd Edzuddin telah mendapat bantuan Agropreneur Muda sebanyak RM 20,000 pada tahun 2020. Jumlah ternakan induk arnab kini telah mencapai 100 ekor lebih dengan pendapatan kasar bagi setahun berjumlah RM 33,600
Pemilik projek ini juga mampu membuat pallet sendiri dengan menggunakan mesin pembuat pallet yang mampu menghasilkan 150kg sejam. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program.