28 November, Kubang Kerian - Hari ini Dr. Suratan bin Kamarudin, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Pembangunan) telah diberi taklimat berkaitan Industri Penternakan Kambing Tenusu di Negeri Kelantan sempena lawatan kerja beliau ke Negeri Kelantan. Taklimat disampaikan oleh En. Zailani bin Hj Hussin di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.
Turut hadir dalam taklimat ini ialah Dr. Syarifah Asiah Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, Dr. Rosilawati Kamarudin, Pengarah VetEC Machang, Dr. Ong Jin Seng serta Pegawai-pegawai Kanan DVS Kelantan dan VetEC Machang.
Dr. Suratan kemudian akan menghadiri program Lawatan ke Pusat Pengumpulan Industri Tenusu (PPIT) Ketereh dan PPIT Pasir Puteh serta Projek Penternakan di Sungai Durian.