ungu   biru   turkois      
enms
A- A A+

Berita Terkini

Taklimat Berkenaan Prosedur dan Fi pelesenan Akta Kebajikan Haiwan 2015

Tag SPLWK:

KOTA BHARU, 18 OKTOBER - Satu sesi taklimat berkenaan Prosedur dan Fi pelesenan Akta Kebajikan Haiwan 2015 telah diadaka di Bilik Mesyuarat Katjang, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Syarifah Asiah Bt Mohd Amin, Timbalan Pengarah DVS Kelantan.

Sesi taklimat dan pembentangan berkenaan Prosedur dan Fi Pelesenan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Marzuna Bt Md Yunos, Ketua Seksyen Kebajikan Haiwan, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar (DVS) Malaysia, Putrajaya dan disusuli dengan taklimat serta pembentangan berkenaan Prosedur Permohonan Pendaftaran Premis dan Lesen yang disampaikan oleh YBrs. En. Muhammad Hazmi Bin Yaacob, Pegawai Kebajikan Haiwan, Seksyen Kebajikan Haiwan DVS Malaysia.

Sesi taklimat ini dihadiri oleh semua Ketua Bahagian, Ketua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan, Pegawai Veterinar, Pegawai Kebajikan Haiwan serta Pembantu Tadbir Kewangan bagi menyampaikan kefahaman terhadap prosedur serta tatacara permohonan pelesenan serta proses pembayaran fi pelesenan kebajikan haiwan.

Diharapkan sesi taklimat ini dapat memberi pencerahan serta kefahaman yang jelas kepada semua pihak yang terlibat dalam mempromosi Pelesenan Kebajikan Haiwan di negeri ini.

7435BD03 0B20 4FC4 8A05 7034C0A0EFF2

Kod Qr

dvs kel2

Kaunter Pelawat

Today333
Yesterday325
This week333
This month5949
Total121625

2024-11-18

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Ahad - Rabu : 8:00 AM - 5:00 PM
(Rehat 1:00 PM - 2:00 PM)

Khamis : 8:00 AM - 3:30 PM
(Rehat 1:00 - 2:00 PM)
------------------------------------------------
WAKTU OPERASI KLINIK :
Ahad - Rabu : 8:30 AM - 4:00 PM
(Rehat 12:00 PM - 2:30 PM)
Khamis : 8:30 AM - 12:00 PM

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : TUTUP

Penafian

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Privacy Policy

© Copyright {2020} Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. All Rights Reserved.