ungu   biru   turkois      
enms
A- A A+

Berita Terkini

Sidang Penternak Jajahan Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Tag SPLWK:
YB Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail diiringi YBrs  Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah, JPV Kelantan, Adun Semerak YB Nor Sham Sulaiman, wakil YB DUN Limbongan dan Tok Penggawa Selising bagi merasmikan Majlis Penutup Sidang Penternak Jajahan Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
 
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penternak mengenai kawalan penyakit dan biosekuriti ladang ternakan ruminan, menyampaikan peluang-peluang pembangunan ruminan kepada penternak ruminan serta sebagai medan bersemuka antara Jabatan dan penternak bagi membincangkan isu-isu dari penternak dan merapatkan ukhuwah antara penternak dan jabatan.
 
Seramai 120 peserta terdiri daripada penternak lembu dan kambing serta kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Pihak Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan kepada Jabatan sebanyak 2.5 juta ringgit Malaysia dalam membangunkan industry ruminan di negeri Kelantan. Merangkumi lembu pedaging, kambing dan bebiri serta kerbau. Rm200,000 pula untuk pawah rusa dan RM300 ribu ringgit pada tahun 2023 bagi membangunkan industri tenusu seperti yang telah dibentangkan oleh En Zaimi Daud iaitu Ketua Seksyen Komoditi Ternakan, JPVNK.
 
Diharap segala bantuan daripada pihak kerajaan negeri ini dapat membangunkan lagi industri ruminan di negeri Kelantan. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua.

Kod Qr

dvs kel2

Kaunter Pelawat

Today42
Yesterday357
This week1489
This month3972
Total74098

2024-05-19

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Ahad - Rabu : 8:00 AM - 5:00 PM
(Rehat 1:00 PM - 2:00 PM)

Khamis : 8:00 AM - 3:30 PM
(Rehat 1:00 - 2:00 PM)
------------------------------------------------
WAKTU OPERASI KLINIK :
Ahad - Rabu : 8:30 AM - 4:00 PM
(Rehat 12:00 PM - 2:30 PM)
Khamis : 8:30 AM - 12:00 PM

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : TUTUP

Penafian

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Privacy Policy

© Copyright {2020} Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. All Rights Reserved.