ungu   biru   turkois      
enms
A- A A+

Berita Terkini

Kunjungan Syarikat Bumi Agritech Kepada YBrs Timbalan Pengarah DVS Kelantan

Tag SPLWK:
Pembangunan industri ekuin atau kuda merupakan salah satu industri yang berpotensi untuk dimajukan terutama di negeri Kelantan yang telah lama terkenal dengan pemeliharaan kuda samada baka Thoroughbred, Arab, kuda padi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan pembangunan industri ini dapat dibangunkan secara lestari dan mampan pihak JPVNK telah membuat satu perbincangan awal dengan syarikat Bumi Agritech yang beroperasi di kawasan Peringat, jajahan Kota Bharu yang mana merupakan syarikat yang telah memulakan operasi "Horse Breeding Centre".
 
Pihak Syarikat Bumi Agritech diketuai oleh En Harun dan En Roslan telah membuat kunjungan kepada YBrs Haji Mohd Ridzuan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah dan Pegawai Veterinar YBrs Dr. Khairun Anisa bt Mat Yazid bersama beberapa pegawai JPVNK di pejabat Timbalan Pengarah JPVNK. Susulan daripada perjumpaan ini, JPVNK akan menyediakan pelan tindakan bagi merealisasikan pembangunan industri ekuin dan pembiakbakaan kuda di Negeri Kelantan.

Kod Qr

dvs kel2

Kaunter Pelawat

Today27
Yesterday357
This week1474
This month3957
Total74083

2024-05-19

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI PEJABAT :
Ahad - Rabu : 8:00 AM - 5:00 PM
(Rehat 1:00 PM - 2:00 PM)

Khamis : 8:00 AM - 3:30 PM
(Rehat 1:00 - 2:00 PM)
------------------------------------------------
WAKTU OPERASI KLINIK :
Ahad - Rabu : 8:30 AM - 4:00 PM
(Rehat 12:00 PM - 2:30 PM)
Khamis : 8:30 AM - 12:00 PM

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : TUTUP

Penafian

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

Privacy Policy

© Copyright {2020} Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. All Rights Reserved.