KOTA BHARU - 13 November 2019, telah berlangsung satu Konvensyen Jurusuntik Permanian Beradas (AI) Kelantan yang disempurnakan oleh YB Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar di Dewan Seminar, Aras Bawah, Mabna MBI, Kota Darulnaim.
Konvensyen tersebut telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan dihadiri oleh lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada Jurusuntik permanian beradas DIY dan Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.